Featured Posts Coolbthemes

Tuesday, December 16, 2014

Bila Porno Jadi Utama Pasti Maksiat Akan Berleluasa


Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.

Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.

Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.

Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.

Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.

Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Pornhub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean.

Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.

Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07).

The Star

Monday, December 15, 2014

Ceramah Anwar Ibrahim Di Kuantan Gagal Pas Mula Sedar Diperguna


Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Lim Guan Eng mengenai golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah memang betul, tepat dan Anwar yakin setiausaha agung DAP itu berniat baik dan menghormati Agama Islam.

Katanya, pihak berkuasa atau orang Islam di negara ini tidak ada hak untuk menghalang mana-mana kumpulan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Anwar juga menambah bahawa beliau juga tidak bersetuju agama digunakan untuk mempertahankan sifat perkauman dalam apa jua bentuk.

Anwar Ibrahim juga berkata cadangan PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen hanya akan meranapkan harapan pakatan rakyat bagi menawan Putrajaya 

Anwar Ibrahim berkata demikian dalam beberapa sesi ceramahnya yang dibuat tanpa kehadiran penyokong tegar PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 bersama anak emasnya Rafizi Ramli, namun Rafizi tidak kehilatan hingga saat akhir.

Ceramah di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur (Hadapan Poliklinik Beserah), adalah tempat yang dikatakan strategi dan beberapa tahun lalu kehadiran telah melepah tapi kali ini tanpa PAS nampak macam sunyi.

Mengikut maklumat sumber kami terima, ceramah ini diatur dengan baik. Cuaca pun baik juga. Publisiti dijalankan dengan baik. Kenapa kehadiran tidak seperti diharapkan?

Ada sumber mengatakan bahawa penyokong Pas telah muak dengan 'permainan' politik kotor Anwar Ibrahim hingga memaksa Presiden Pas Haji Hadi Awang meninggalkan Anwar Ibrahim kerana khuatir perjuangan Anwar Ibrahim hanya membawa Pas ke neraka.

Punca Utama Ibrahim Ali Membangsatkan Lima Pemimpin Umno Kerana Mengkhianati Perjuangan


Kecoh satu Malaysia apabila pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mula menyerang beberapa pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai mengkhianati perjuangan sebenar ke atas orang Melayu.


Perkasa menyifatkan tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mempertikaikan peranan Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam mempertahankan Melayu Islam sebagai bangsat.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata orang Melayu Islam di negara ini di negara bukan sahaja berdepan dengan musuh-musuh nyata seperti DAP yang dtadbir oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng tetapi terpaksa berdepan dengan Melayu liberal.

Tanpa berselindung, Ibrahim menamakan lima pemimpin tersebut iaitu Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, Spekaer DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Menurut Ibrahim, kerana mereka inilah perjuangan terhadap orang Melayu yang menjadi teras dalam perjuangan UMNO akan terhakis dan akhirnya Melayu dipinggirkan

“Kita bukan hendak bermusuh dengan mereka tetapi kalau kamu tidak membantu Islam dan Melayu, jangan ganggu PERKASA dan ISMA.

“Tidak terbilang usaha-usaha kita tidak termasuk yang terakhir PERKASA sudah menjadi tulang belakang kepada Konvensyen Perpaduan Nasional baru-baru ini yang melahirkan 55 resolusi yang dirasmikan oleh Tun Abdul Hamid Mohamed.

“Apakah itu bukan sumbangan dan perjuangan PERKASA yang kita lakukan bagi mempertahankan kesucian agama dan orang Melayu?

“Bangsat betul mereka ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Persidangan Agung Tahunan Ke-5 PERKASA di sini.

Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Him terus membidas tindakan 25 tokoh Melayu yang menghantar surat terbuka kepada rakyat Malaysia baru-baru ini.

Kata Tok Him, kumpulan tersebut hanya berani mengkritik PERKASA dan ISMA tetapi dalam masa yang sama menjadi pengecut bila berdepan bangsa lain.

“Kalau mereka hendak keluarkan pendapat kepada kerajaan, keluarlah, kita tidak halang sebab kita amalkan kebebasan, berilah pandangan. Haramjadah apa hendak sentuh perkasa sentuh ISMA?

“Berani tegur sesama Melayu tetapi musuh sebenar mereka tidak berani tegur.

“Kalau betul hendak tegur, tegur sama Dong Zong, Hindraf, DAP dan puak-puak Kristian yang cuba memecahkan maruah Islam. Kenapa Perkasa dan Isma sahaja yang hendak disiasat?,” soalnya.

“Ada yang nak bergambar dengan Presiden PERKASA pun takut sebab ada yang nasihatkan supaya jangan dekati PERKASA.

“Saya tak pernah undang mana-mana ahli atau pemimpin UMNO sertai PERKASA.

Kenyataan ini mengundang kemarahan beberapa blogger UMNO yang menggelar Datuk Ibrahim Ali sebagai gedebe, katak, rasis.

Ada juga penyokong UMNO yang mempertikaikan Ibrahim Ali tidak layak berjuang atas tiket Melayu kerana bertanding dalam pilihanraya pun kalah berbanding Khairy dan Nur Jazlan.

Sementara itu desas desus mengatakan Nur Jazlan mula didekati oleh beberapa pemimpin pembangkang untuk menariknya menyertai pembangkang semakin kuat. Walaubagaimana pun seperti biasa beliau menafikannya.

Dalam politik apa pun boleh berlaku kerana perjuangan mereka bukan lagi bersandarkan perjuangan sebenar UMNO.

Friday, December 5, 2014

Anwar Ibrahim Angkuh Seperti Mencabar Sultan Lain Menarik Balik Darjah Yang Diberi



Biarpun Darjah Kebesaran S.S.S.A itu ditarik balik, Anwar Ibrahim seperti angkuh seolah-olah mencabar sultan dari negeri lain yang pernah menganugerahkan darjah kebesaran kepadanya agar mengambil tindakan yang sama seperti Sultan Selangor.


Walaubagaimana pun Anwar kini mempunyai 3 lagi darjah masih boleh menggunakan "Datuk Seri" yang diperolehi semasa dalam umno.

''Antaranya Darjah Seri Utama Negri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.''

Sunday, November 30, 2014

MPKN Wajar Dibubarkan Kerana Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat kata NGO Islam


Susulan perakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan, hari ini Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak agar Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dibubarkan.

Pengerusi PEMBELA, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, oleh kerana Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan, maka keperluan untuk MKPN wujud sudah tidak munasabah lagi.

Sejak dari awal penubuhannya, MKPN tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan peranannya telah menyebabkan berlakunya kegelisahan dan keresahan besar dalam masyarakat.

“Persepsi masyarakat Islam kepada pemerintah hampir sahaja hancur dengan kewujudan majlis ini.

“Tindakan demi tindakan mereka yang dilihat sentiasa menjadikan Islam sebagai karung tinju untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dari golongan tertentu.

“Semua pihak tidak lupa bagaimana MKPN membenarkan Majlis Peguam yang diresapi elemen sekular menodai kepercayaan Perdana Menteri dengan membolehkan Draf Rang Undang-Undang Harmoni dihantar ke kabinet atas nama MKPN melalui pintu belakang.

“Ini adalah perbuatan yang jelas menodai kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka untuk memikul tugas mencari penyelesaian kepada isu perpaduan negara,” katanya.

Untuk itu jelas Ustaz Hafiz, ini adalah masa yang terbaik untuk Najib membersihkan pentadbirannya daripada sebarang tanggungan liabiliti yang memusnahkan reputasi kerajaan sebagai pemerintah.

“Yakinkan seluruh masyarakat Islam dengan mula mengotakan janji yang telah dibuat.

“Antaranya dengan membubarkan MKPN kerana kewujudannya sudah tidak relevan lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Bukan itu sahaja MPKN dikatakan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. 

Senang Saja Nak Bezakan Blogger Bangang Berbayar dan Blogger Sukarela Tidak Dibayar



Semalam Presiden Umno Dato Sri Mohd Najib Tun Razak menegur segelintir blogger yang 'makan gaji' dengan UMNO tetapi dalam masa yang sama balun UMNO bagai nak rak.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa UMNO ada membayar blogger untuk mempertahankan UMNO sendiri. Bagimana kita nak kenalpasti blogger tersebut.

Ada beberapa kriteria untuk mengenalpasti blogger tersebut iaitu:

  •  Blogger ini sentiasa akan berada bersama dengan pemimpin kanan UMNO maknanya muka blogger ini terlalu mesra dengan pemimpin UMNO
  • Blogger ini akan sentiasa berselfie dengan pemimpin UMNO maklumlah blogger istimewa
  • Blogger ini mempunyai akses untuk masuk mana-mana premis UMNO dengan tujuan untuk berbincang bagi menyampaikan maklumat dalam blognya.
  • Beliau akan sentiasa sokong apa saja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO termasuk memansuhkan ISA dan Akta hasutan 1948 sebelum ini.
  • Tapi jika blogger ini tidak puashati beliau akan londeh sehabis mahu semua keburukan UMNO secara terperinci termasuk jenis, harga dan bilangan beg tangan Datin Seri Rosmah Mansor. Siapa yang ada maklumat berkenaan ini jika bukan orang yang terdekat sahaja.
Walaubagaimana pun ramai blogger sambilan diluar sana yang tidak dibayar tidaklah 'melondeh' keburukan pemimpin UMNO sehingga ke tahap sedetai-detainya sebab mereka tiada akses untuk mengetahui semua itu, namun mereka masih menyokong UMNO mahu pemimpin UMNO melakukan yang terbaik buat rakyat.

Mereka mahu pemimpin UMNO berubah atau takut nanti UMNO akan diubah oleh rakyat. Desakan ini berlaku sejak tahun 2008 lagi namun sehingga kini pemimpin UMNO masih ditakuk lama tak boleh ditegur langsung.

Mungkin perkataan bangang yang dimaksudkan oleh PM mungkin lebih sesuai ditujukan kepada bloggers yang ada brokers, kerana DS Najib ada menyebut "bloggers ini cari makan dengan siapa?".

Yang 'cari makan' cukup sepadan dimaksudkan spesis 'bloggers package' atau 'golongan brokers' yang menjadi parasit dalam parti UMNO. Jenis yang bila sudah habis dana, minta lagi kat parti tapi tak dapat.. kemudian serang UMNO. Tahun yang sudah pernah berlaku. Ada grouplah bagai... Akhirnya dipergunakan orang, habuk pun tak dapat..

Harap lepas ini akan ada kumpulan blogger yang lebih baik untuk mempertahankan UMNO. Kami tidak sedikit pun tersinggung dengan perkataan bangang yang dikatakan oleh DS Najib kerana kami bukan blogger yang dimaksudkan.

Friday, November 28, 2014

Sebagai Membalas Akta Hasutan Dikekalkan DAP Terus Roboh Gerai Orang Melayu


Nasib peniaga Melayu di negeri pemerintahan rejim DAP terus semakin rakus melancarkan operasi ‘memerangi’ mereka dengan me­ro­­bohkan gerai makan yang di­usa­hakan.

Kejadian ini berlaku sebaik sahaja Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan dikekalkan di Perhimpunan Agong UMNO.

Tiga peniaga berbangsa Melayu di Jalan Sungai Dua berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hilang mata pencarian apabila gerai yang diusahakan sejak 15 tahun lalu, dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas arahan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, gerai-gerai itu dirobohkan tanpa sebarang notis dan perbincangan.

Pemilik gerai sate, Roslan Bakar mendakwa, dia hanya mendapat tahu gerainya telah dirobohkan daripada seorang kenalan kerana ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Bukit Gedung.

“Apabila sampai, anggota penguat kuasa sudah selesai merobohkan gerai kami dan hanya barang-barang niaga seperti meja dan kerusi berselerak di situ.

“Saya sangat sedih kerana selama 15 tahun berniaga di situ tiada sebarang masalah kerana tapak niaga kami dimiliki oleh sebuah syarikat swasta dan setiap bulan kami membayar sewa RM1,000,” katanya.

“Tindakan mereka tidak adil kerana kedudukan gerai bukannya di tepi jalan serta tidak mengganggu lalu-lintas.

“Apa yang menimbulkan persoalan, gerai peniaga Cina di ka­wasan lain yang secara terang-te­rangan berada di tepi jalan dan menye­babkan kesesakan dibiarkan,” katanya.

Thursday, November 27, 2014

Ayam Sabung Anwar Akan Lawan Habis-Habisan Untuk Paksa PM hapuskan Akta Hasutan


Dalam perhimpunan Agong UMNO Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataan terus mengekalkan Akta Hasutan ini membangkitkan kemarahan pakatan pembangkang lebih-lebih lagi ayam sabung Anwar Ibrahim Mat Sabu.

Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS merangkap penaung PasMa akan berjuang ke titisan darah yang terakhir bagi menghapuskan Akta Hasutan.

Akta Hasutan dilihat sebagai halangan kepada pemimpin pembangkang untuk menabur fitnah terhadap kerajaan, Agama Islam agar dibenci oleh rakyat.

Mat Sabu dijangka akan menubuhkan pasukan untuk bertindak menentang habis-habisan terhadap kerajaan BN.

Sebelum itu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian nasional dan bukan sebagai akta yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu sahaja.

Akta ini juga perlu untuk menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan kedudukan tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu, perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut

Saturday, November 15, 2014

Surau Batu 15, Sudah Jadi Tempat Untuk Menghasut Mahasiswa UUM




Seorang sahabat berkongsi gambar-gambar yang diambil beliau di Surau Batu 15, Jalan UUM, Sintok Kedah, merujuk kepada perhimpunan mahasiswa “Grand Speaker Corner” bertajuk “Autonomi Mahasiswa” bersama Fahmi Zainol pada 14 Nov 2014.

Mari kita buat pernilaian sendiri berhubung majlis tersebut berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan di atas ini. Apakah begini bakal pimpinan negara yang kita harapkan?

Dulu Teo Nie Ching, ketika jadi Ahli Parlimen DAP Serdang masuk ke dalam surau di Kajang beri tazkirah masa bulan Ramadhan.
Kini ada versi baru, Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) masuk di sebuah surau berhampiran UUM untuk beri tazkirah.

Kali ini pendengarnya pelbagai bangsa yang masuk ke dalam surau ada yang tidak menutup aurat. Apakah yang mereka ini begitu terdesak untuk menghasut mahasiswa.

Tindakan ini jelas amat biadap dan kurang ajar. Mahasiswa pro PAS di UUM sudah tidak merasa apa apa rumah Allah dipergunakan sebegitu rupa?

Mahasiswa UUM sudah boleh melihat sendiri kelakuan sebenar pelajar pelajar pembangkang ini. Usah beri muka lagi kepada mereka untuk perbodohkan mahasiswa.

Ayuh bangkit pertahankan kesucian Islam dan maruah agama di UUM. Tindakan mereka ini sudah terlalu kurang ajar. Pihak berkenaan perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjatuhkan imej rumah ibadat umat Islam ini.

Thursday, November 13, 2014

Punca Sebenar Haji Hadi Terlalu Membenci Anwar Ibrahim Yang Disembunyikan Daripada Ahli Parti





PAS yang dahulunya dilihat memiliki prinsip perjuangan kukuh kini mengalami kegoyahan kesan daripada 'tahaluf siasah' dengan DAP dan PKR. Kecelaruan semakin melebar apabila parti itu didominasi golongan berpendidikan sekular yang cuba membawa parti itu ke arah lebih terbuka dan liberal.

Suara golongan terbabit dilihat semakin dominan sehingga menenggelamkan ulama yang dulunya sangat ditaati. Ini menyebabkan golongan ulama terpaksa tunduk dengan tekanan mereka yang kini cuba menguasai kepemimpinan parti. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam kes kedudukan Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pemimpin aliran liberal dalam PAS dilihat sering berani menyanggah keputusan pemimpin mereka daripada golongan ulama, termasuk keputusan rasmi yang keluar dari Dewan Ulama PAS Pusat.

Pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat terus diperlekeh oleh golongan terbabit, termasuk akar umbi. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan ayam tambatan DAP merupakan duri dalam daging dalam Pas.

Hakikat perkembangan kepemimpinan PAS hari ini ialah golongan berpendidikan sekular yang menyertai PAS berjaya membawa pemikiran terbuka yang dilihat bercanggah dengan pemikiran asal parti itu. Golongan terbabit cuba 'mensintesiskan' pemikiran liberal dengan pemikiran Islam konservatif.

Golongan ini yang mahukan pembaharuan lebih agresif cenderung menyokong Anwar Ibrahim. Hadi yang dulunya tegas kini semakin hilang kekuatan untuk terus meletakkan PAS pada landasan perjuangan yang asal. Kewujudan kumpulan yang pro-Anwar atau disebut juga kumpulan 'Anwarinas' ini membuktikan politik licik Anwar berjaya mewujudkan kelompok dalam PAS.

Pada hal kalau dianalisis, pemikiran Islam Anwar dilihat tidak selari dengan wadah perjuangan PAS. Anwar gemar mensintesiskan Islam dengan pemikiran liberal.

Datuk Dr Haron Din ketika mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang diundang oleh Anwar ke Malaysia pada tahun 2012 pernah menyebut bahawa Anwar berjuang dengan caranya dan beliau bukan menubuhkan parti Islam. Justeru, Haron mengingatkan penyokong PAS agar tidak terkeliru hingga menyamakan fahaman liberal yang dibawa Anwar dengan perjuangan PAS.

Soalnya kenapa PAS masih boleh bersama dengan parti yang begitu liberal itu. Ini disebabkan PAS hilang roh dan prinsip perjuangan yang sebenar. PAS juga semakin lari roh perjuangannya apabila menerima DAP dalam projek 'tahaluf siasahnya.'

DAP dapat banyak manfaat politik kerana parti itu merasakan ada kalangan orang Melayu termasuk daripada PAS yang menjadi pembelanya. Malah, dalam waktu tertentu PAS menjadi jaguh mempertahankan DAP yang sering mempersendakan Islam dan orang Melayu di negara ini.

Perjuangan Pas hari ini semata-mata mahu menjatuhkan saingan politiknya iaitu UMNO.

Untuk itu, PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang ideologi kedua-duanya jauh berbeza dengan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Bila dikemukakan soalan kenapa PAS sanggup berbuat demikian maka jawapan yang diberikan adalah untuk menentang apa yang didakwanya kezaliman kerajaan yang diterajui UMNO. Kononnya kezaliman UMNO yang mendorong PAS melakukan 'tahaluf siasah' atau kerjasama politik dengan PKR dan DAP. Bagi PAS menentang UMNO adalah jihad. PAS menganggap UMNO parti sekular, taghut dan asabiyyah.

PAS mendakwa perjuangannya adalah benar, manakala UMNO berada pada landasan perjuangan yang batil dan zalim. Justifikasi yang diberikan PAS terhadap UMNO adalah keterlaluan. Suci sangatkah DAP dan PKR sehingga PAS sanggup bekerjasama dengan mereka? Bukankah DAP dan PKR pendukung politik sekular yang tidak akan mengizinkan roh Islam ditegakkan di negara ini.

Malah isu hak istimewa orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga ditentang oleh DAP. Usah lupa bahawa DAP dalam 'Setapak Declaration' pada 29 Julai 1967 membuat resolusi menentang hak istimewa orang Melayu. Dalam kedudukan mereka belum lagi menguasai Kerajaan Persekutuan banyak perkara berkaitan kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan.

Tidakkah PAS sedar DAP adalah parti yang bersifat sekular secara total. DAP sentiasa menegaskan bahawa parti itu tidak dapat menerima kewujudan negara Islam dalam apa bentuk sekali pun. Mendiang Karpal Singh, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng pernah menegaskan bahawa Malaysia mesti kekal sebagai negara sekular.

Peliknya, PAS turut terpukau dengan retorik Guan Eng. Apa yang PAS dapat di Pulau Pinang selepas sedekad bekerjasama dengan DAP? Apa yang jelas, PAS langsung tidak diberi peranan yang boleh dibanggakan. Penolakan secara halus oleh DAP terhadap PAS di Pulau Pinang boleh dilihat daripada barisan EXCO kerajaan negeri itu. Jika ada pun seorang dua Melayu dari PAS dan PKR dalam majlis EXCO hanyalah sebagai boneka semata-mata.

Demikian juga dengan PKR, parti kacukan sosialis dan liberal ini sentiasa menghindarkan diri membicarakan isu Melayu dan Islam. Ia lebih mesra dengan perjuangan DAP yang memperjuangkan 'Malaysia Malaysian,' iaitu cita-cita dan perjuangan asal Lee Kuan Yew yang memimpin parti PAP.

Persoalannya, bolehkah PAS yang berjiwa Islam berasa tenang dan tenteram kerana kedua-dua sekutunya itu mempunyai ideologi yang jauh berbeza. PAS sepatutnya sedar, sejak dahulu lagi ia mempunyai banyak persamaan dengan UMNO. PAS sendiri asalnya lahir dari sebuah Biro Agama UMNO. Perpisahan bermula pada 15 Ogos 1951 apabila Ketua Biro Agama UMNO, Ahmad Fuad Hassan bersama beberapa rakannya yang tidak berpuas hati keluar dari UMNO dan menubuhkan Persatuan Alim Ulama seMalaysia (PAS).

Pada 31 Mei 1955 PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik dikenali Parti Islam seTanah Melayu. Sejak itu PAS yang berwadahkan politik mula bertanding dalam pilihan raya bermula dengan Pilihan Raya Persekutuan 1955.

Bagaimanapun selepas lebih tiga dekad wadah perjuangan PAS berlandaskan Islam dan nasionalisme Melayu, parti itu mula mengubah haluan apabila pada awal tahun 1980-an muncul Hadi yang mengambil-alih pucuk kepemimpinan dengan membawa konsep kepemimpinan ulama dan menolak semangat nasionalisme Melayu yang selama ini diperjuangkan PAS.

Konsep kepemimpinan ulama lahir hasil daripada ilham kejayaan revolusi Syiah Iran (tahun 1979). Hadi ketika itu antara aktivis PAS yang terpukau dengan kejayaan revolusi Syiah pimpinan Imam Khomeini.

Antara pegangan PAS ketika itu ialah tidak akan bersama dengan mana-mana parti yang tidak berlandaskan perjuangan Islam. PAS tidak mahu bersama UMNO atau mana-mana parti yang tidak Islam. PAS tegas dengan pendirian berjuang bersendirian.

Namun, selepas dirasakan sukar memperjuangkan negara Islam dalam negara berbilang kaum ini, Hadi akhirnya menukar haluan dengan memperjuangkan 'negara berkebajikan' dan seterusnya melakukan 'taaluf siasah' dengan DAP dan PKR.

Maknanya, konsep kerjasama dengan bukan Islam yang selama ini diamalkan UMNO mula ditiru oleh PAS. Cumanya PAS mengunakan istilah yang dilihat Islamik.

Walaupun Perlembagaan UMNO tidak menyebut menegakkan negara Islam sebagai agendanya, namun semangat perjuangannya tetap mempunyai matlamat memperjuangkan Islam. Sumbangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam adalah hakikat yang diketahui umum dan dapat dibuktikan dengan jelas.

PAS harus kembali menilai perjuangannya yang sudah tersasar itu. Sepatutnya PAS dan UMNO menumpukan perbincangan secara serius mengenai beberapa masalah umat yang bersifat mendasar, dengan menjadikan kuasa politik sebagai mekanisme menjayakan agenda penyatuan dan kemajuan ummah. PAS mesti matang dalam berpolitik dengan mengutamakan kepentingan umat Islam.

Kedua-dua parti Melayu itu harus berganding bahu demi masa depan dan kekuatan ummah di negara ini. Fokus haruslah diberikan kepada menyelesaikan masalah ummah di negara ini secara bersepadu.

Isu yang bersifat teknikal dan retorik seperti persoalan mengenai negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam jangan dijadikan titik pertikaian yang boleh menajamkan perpecahan dan perbalahan kedua-dua parti itu.

Kini Haji Hadi mula merasai bahang dosa yang telah dilakukan bersama dengan Anwar Ibrahim dan mula mahu membuat 'U' Turn tetapi berjayakah Hadi Hadi? Pas kini telah dipenuhi dengan ahli yang menyokong peliwat yang menyerupai seorang yang alim dan warak.

Friday, November 7, 2014

Keputusan Rayuan Kes Liwat Anwar Ditangguh Pada Hari Lain

Tuan hakim begitu sibuk sehinggakan makan pun tak sempat nak duduk...nampak lapar betuii tuu
Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti penghujahan kedua-dua pihak berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut.

Prosiding pada hari ini yang berjalan selama hampir 40 minit mulai pukul 3.14 petang berakhir selepas peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram selesai menggulung hujah pembelaan pada hari kelapan rayuan tersebut yang bermula sejak 28 Oktober lalu.

Thursday, November 6, 2014

Peguam Anwar Terus Serang Peribadi Saiful Secara Bertubi-tubi


Kewibawaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan terus diserang secara bertubi-tubi apabila Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa keterangan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim itu langsung tidak boleh dipercayai sehingga memusnahkan keseluruhan kes pendakwaan.

Ketua pasukan pembelaan, Gopal Sri Ram berhujah, keterangan saksi pendakwaan pertama itu dalam banyak keadaan adalah bercanggah dengan bukti keterangan kes yang dikemukakan sewaktu perbicaraan.

Hujah peguam itu, percanggahan tersebut jelas ditunjukkan melalui penemuan permaidani yang dirampas oleh pasukan forensik dari tempat kejadian liwat yang didakwa dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu.

Mohd. Saiful Bukhari ketika memberi keterangan menyatakan, Anwar meliwatnya di atas permaidani di Unit No. 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara, di ibu negara sekitar pukul 3 petang pada 26 Jun 2008.

Menurut saksi utama pendakwaan itu, dia mengambil gel pelincir, KY Jelly lalu memicitnya daripada tiub dan menyapu pada duburnya dan alat sulit Anwar.

Hujah Sri Ram, keterangan forensik bagaimanapun menyatakan tiada sebarang kesan tompokan mahupun kesan gel pelincir yang boleh dikaitkan dengan kejadian liwat dijumpai pada permaidani yang dirampas.

Walau bagaimanapun, hujah Sri Ram, pasukan forensik polis diketuai oleh Supritendan Amidon Anan pda waktu itu menyatakan dalam keterangannya bahawa beliau merampas permaidani yang digunakan itu dari unit bersebelahan di No. 11-5-2.

Sri Ram menghujahkan, Amidon menyatakan pasukannya memeriksa kedua-dua unit dan merampas permaidani dari unit No. 11-5-2 sedangkan tiada keterangan menyatakan kedua-dua kondominium itu bersambung.

Malam Jumaat Ini Merupakan Malam Istimewa Buat Anwar Ibrahim

Dua Orang Lebai Setia Menunggu Walaupun tahu Anwar Memang Meliwat

Rayuan akhir Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan dijangka berlarutan hingga malam ini bagi membolehkan pihak pembelaan dan pendakwaan menghabiskan penghujahan masing-masing yang kini berlanjutan hampir dua minggu.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membayangkan demikian selepas panel bersidang berhenti rehat selama 20 minit.

Ketika ini, mahkamah sedang mendengar penggulungan hujah oleh ketua pasukan pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Sebelum mahkamah berhenti rehat, ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk membalas hujah Sri Ram.

Malam ini merupakan malam istimewa buat Anwar Ibrahim apabila mahkamah akan memutuskan samada beliau di penjara atau dibebaskankan.

Sebelum itu Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa Ketua Pembangkang itu telah menghina mahkamah tersebut ketika bercakap kepada media, Selasa lalu.

Lidah rasmi propembangkang, Malaysiakini dan portal berita, Malay Mail Online, Muhammad Shafee menyatakan, kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membayangkan Mahkamah Persekutuan tidak bebas, jahat dan merupakan alat kerajaan untuk memaksanya bersara.‎

Menurut peguam Ramkarpal Singh, pihaknya kini meneruskan hujahan balas bagi menjawab hujah pendakwaan yang dijangka selesai lewat petang ini.

“Kami kini teruskan hujahan balas dan berhubung isu yang baharu ditimbulkan oleh pendakwaan itu, kita akan jawab kemudian,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berhenti rehat.‎

Bagaimanapun beliau turut menjangkakan kemungkinan hujahan balas diteruskan sehingga esok pagi.‎

Tuesday, November 4, 2014

Warkah Terakhir Sengaja Dicipta Untuk Bangkitkan Semangat Macai Yang Sudah Kelaparan



Warkah Akhir Anwar Ibrahim sengaja direka untuk bangkitkan semangat macai-macai yang sudah beberapa hari kelaparan sanggup tinggal kerja, tinggal anak bini demi untuk mempertahankan seorang yang sudah disahkan peliwat. Tiada apa lagi yang boleh dinafikan oleh Anwar Ibrahim bersama 14 peguam munafiknya kini segala-galanya telah terjawab.

Inilah surat tersebut:

Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua. Saya dan Azizah@ Sepat kering serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.

Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini.Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan. Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua.Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.

Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.
Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini.Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!

Anwar Ibrahim
Bukit Segambut,
3 Nov 2014 . 2145hrs

Peguam Anwar Membayangkan Kemungkinan Anwar Tidak Dapat Diselamatkan Lagi


Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memberi hujah bahawa sampel DNA yang diambil dari rektum boleh bertahan lebih lama berbanding sampel daripada peri-anal.

Shafee juga menyentuh soal sampel air mani yang didakwa pasukan pembelaan sebagai tidak unggul untuk dijadikan bahan bukti. Sambil memetik kes contoh dari luar negara yang relevan, Shafee berhujah bahawa walaupun tidak mendapat sampel yang terbaik dalam kes Saiful, namun bacaan DNA yang diperolehi adalah unggul dan boleh diterima pakai.

Shafee berkata jika Anwar ada bukti beliau tidak ada ditempat kejadian, beliau perlu tampil memberikan bukti. Ini kerana, katanya, Anwar mempunyai tanggungjawab dari segi perundangan untuk menafikan dakwaan yang beliau berada di tempat kejadian berikutan hanya beliau sahaja yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Shafee meneruskan hujah tentang teori perpindahan kesan DNA seperti yang dibangkitkan mengenai seluar dalam yang dipakai Saiful ketika bertemu Dr Osman. Kesan itu dikatakan mungkin terjadi akibat pemeriksaan awal sebelum Dr Osman tidak jadi meneruskannya.

Shafee menyebut tentang kemungkinan ketika Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi memeriksa bahagian sulit Saiful, dia telah meninggalkan DNAnya sendiri lalu memberi kesan pada bahan bukti.

Muhammad Shafee berhujah demikian pada hari keenam pendengaran rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, enam tahun lalu.

Peguam Anwar Ibrahim sudah membayangkan agak sukar untuk mencipta keraguan yang munasabah bagi membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat. Nasib Anwar agak baik kerana beliau enggan memberikan DNA semasa disiasat, jika diberi tidak ada apa lagi yang mampu selamatkan Anwar. Kini Peguam Anwar boleh 'bermain dari segi teknikal sahaja' liwat tetap liwat.

Sementara itu beberapa Anwar Ibrahim melakukan beberapa provokasi di hadapan Istana Kehakiman sambil mengutuk institusi kehakiman yang didakwa berat sebelah dan tidak adil kepada pemimpin kesayangan mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Provokasi tersebut bertujuan meraih simpati orang ramai terhadap Anwar yang merayu atas hukuman penjara lima tahun terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada enam tahun lalu.

Monday, November 3, 2014

Punca Anwar Tidak Mahu Memberi DNA Semasa Disiasat Sudah Dikenalpasti


Punca sebenar Anwar Ibrahim tidak mahu memberikan DNAnya untuk disiasat sudah dikenalpasti apabila contoh DNA yang diambil pada 
sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong kepunyaan Anwar adalah sama dengan rektrum yang berada dalam dubur Saiful.

Menurut Shafee Anwar Ibrahim telah diminta untuk memberikan DNA tetapi malangnya dia enggan untuk berkerjasama dan pihak polis terpaksa menahan beliau sehari dalam lokap. Pihak polis tidak memaksa beliau setelah beliau enggan memberikan DNA untuk disiasat.

Seperti pembunuh yang menggunakan pisau tapi enggan memberikan cap jari untuk disiasat.

Sewaktu dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pihak polis telah berjaya mendapatkan DNA melalui berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.



Sementara itu Anwar Ibrahim yang memberi kenyataan kepada media sebentar tadi terus menyerang peribadi Tan Sri Muhammad Shafee kononnya Shafee diupah oleh UMNO.

Beliau mendakwa ini semua hanyalah mainan politik UMNO yang mahu beliau dipenjara. Apabila ditanya kenapa beliau enggan memberi DNA, Anwar Ibrahim terus meninggalkan wartawan tanpa sebarang jawapan.


Hujah Peguam Anwar Bahawa Sampel Diusik Hanyalah Tuduhan Liar Tiada Bukti - Shafee


Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee hari ini meneruskan hujah balas dalam rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat, enam tahun lalu.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memulakan hujah dengan menyentuh keterangan berhubung barang-barang yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika Ketua Pembangkang itu ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong

Hanya beg plastik yang mengandungi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dibuka oleh pegawai penyiasat (ILO) dalam kes liwat membabitkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukan bekas yang mengandungi calitan daripada rektum pengadu, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Beliau berkata, Supt. (bersara) Jude Blacious Pereira mematuhi Peraturan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) apabila semua barang kes disimpan dalam sampul berasingan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.

Beliau berkata lagi, semasa pemeriksaan utama, Pereira telah menjelaskan perkara itu secara terperinci dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan tindakannya seperti yang didakwa pihak pembela.

"Apa yang beliau lakukan sebenarnya mematuhi betul-betul apa yang dikehendaki di bawah IGSO dengan meletakkan setiap bekas dalam sampul berasingan dan menandakan sampul-sampul itu.

"Beliau tidak membuat apa-apa penandaan pada bekas itu atau membukanya kerana ia telah dimeterai oleh Dr Siew Sheue Feng dan doktor itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menandatangani pada cap setiap satu daripada bekas itu, " kata Muhammad Shafee.

Peguam kanan itu juga memberitahu barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bahawa untuk menyokong tindakan pegawai penyiasat itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan salinan IGSO yang jelas menyatakan bagaimana bahan bukti harus dikendalikan dan disimpan sebelum dihantar kepada ahli kimia.

Muhammad Shafee berkata, di peringkat Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan berjaya meyakinkan dalam hujahnya bahawa ada kemungkinan sampel itu diusik yang membolehkan penasihat PKR itu dibebaskan.

Bagaimanapun, di Mahkamah Rayuan, pihak pendakwa berhujah bahawa apabila ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Adora Saidon memeterai bahan bukti, semua bekas masih utuh dan tidak terusik dan mahkamah bersetuju serta meminda keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau menjelaskan bahawa sampel intim Mohd Saiful itu dikumpul oleh dua orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam pada 28 Jun 2008.

Friday, October 31, 2014

Baru 20% Hujahan Tan Sri Muhammad Shafee Buat Penyokong Anwar Ibrahim Histeria


Baru permulaan pihak pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberikan hujahan balas terhadap hujahan 14 peguam Anwar rakyat sudah tahu ke mana Anwar Ibrahim akan pergi selepas ini. 

Dalam hujahan itu Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu beliau, Mohamad saiful Bukhari Azlam enam tahun lepas bukan satu konspirasi.

Sebaliknya Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, kes liwat berkenaan merupakan gangguan atau penderaan seksual oleh majikan terhadap pekerja.

"Saya nyatakan teori konspirasi tidak berlaku kerana ia spesifik. Mereka kata arahan dari Perdana Menteri kepada pegawai penyiasat. 

"Mereka juga berkata konspirasi penghakiman melibatkan hakim. Konspirasi dari doktor dan juga konspirasi daripada pegawai kimia. kalau semuanya terlibat dalam konspirasi kita perlu melihat bagaimana ia boleh berlaku.

"Ini tak mungkin konspirasi. Kalau ia konspirasi kenapa Saiful perlu memalukan diri sendiri untuk diperiksa di dua buah hospital. 

Dia juga diperiksa oleh 'DW1' Doktor Othman, anusnya diperiksa dengan alat perubatan. Ini tidak mudah. Kenapa anda buat perkara mengarut ini jika kerajaan terlibat di sebalik semua ini," tegas Muhammad Shafee.

"Mereka (kerajaan) boleh kata (kepada Saiful) anda boleh terus datang ke Hospital Kuala Lumpur, dua doktor sedang menunggu dan tak perlu menunggu dari pukul 4.20 ke pukul 9. Ini semua tak masuk akal.

"Begitu juga dengan bukti 'fresh' berkaitan air mani. Adakah bank sperma wujud di negara ini? Saya tak fikir ada. Ada banyak lagi fakta yang membuktikan teori konspirasi ini adalah salah," tegas Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee berkata, kes liwat Anwar dengan Mohamad Saiful Bukhari adalah contoh dominasi majikan ke atas pekerja tanpa kerelaannya.

"Kita mudah menerima berlaku kes-kes penderaan seksual di tempat kerja. Kenapa kita tidak faham mengenai penderaan seksual di mahkamah untuk selama empat bulan ini? Penderaan seksual dalam kes ini melibatkan perbuatan liwat.

"Liwat tanpa rela adalah penderaan seksual. Itulah kes kami. Kenapa kita tidak boleh faham? Kenapa Saiful perlu diperlakukan berbeza dari pekerja-pekerja yang lain?" tanya Muhammad Shafee.

Tegas beliau, mangsa iaitu Mohammad saiful Bukhari seharusnya mendapat pembelaan seperti pekerja lain yang mengalami penderaan seksual

"Kalau pekerja ini seorang wanita semua akan marah termasuk NGO, maka bagaimana dengan kes ini? Bukan rogol sahaja penderaan seksual, liwat adalah rogol antara lelaki dengan lelaki lain tanpa kerelaan. Itu penderaan seksual juga.

"Kenapa lelaki tidak dilindungi seperti wanita? Ini dominasi seorang lelaki kepada lelaki yang lain. Ini penderaan seksual ditempat kerja,' kata Muhammad Shafee.

"Dua puluh peratus hujanan telah saya kemukakan hari ini. Namun saya ambil masa untuk bentangkan fakta-fakta kes sebelum saya masuk dalam isu dan undang-undang.

"Isnin ini, kita akan membentangkan fakta membuktikan Anwar menggunakan kesemua bahan bukti yang dikemukakan kepada mahkamah. Isu ini tidak ditimbulkan di Mahkamah Rayuan sebelum ini," kata beliau.

Antara yang akan disentuh adalah eksibit yang dikemukakan peguam Anwar iaitu tuala, berus gigi dan botol air dalam hujahan rayuan selama tiga hari bermula Selasa lalu.

"Eksibit ini merupakan asas perbandingan dan eksibit ini merupakan pengesahan milik Anwar kerana beliau yang berada di situ dan bukannya orang lain.

"Tuala, berus gigi dan botol air yang dibawa milik beliau. Jadi kita akan mengatakan eksibit tersebut jelas daripada Anwar bila kita bandingkan dengan eksibit P27 semuanya 'Lelaki Y' maka itu adalah eksibit daripada Anwar," kata Muhammad Shafee.

Konspirasi Dalam Kes Liwat Hanya Dicipta Oleh Anwar Bukannya Saiful - Tan Sri Muhammad Shafee


Hari ini tiba giliran pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membentangkan pula hujahan mereka selepas pasukan pembelaan selesai merumuskan hujahan mereka pada Khamis.

Muhammad Shafee hari ini akan memulakan sesi dengan pembentangan hujah yang menyentuh pelbagai persoalan berdasarkan fakta kes.

Shafee mengatakan teori konspirasi yang disebut oleh peguam Anwar bukannya dicipta oleh Saiful tetapi oleh Anwar Ibrahim sendiri bagi menutup perlakuannya terhadap Saiful.

Memang logik seorang yang melakukan kesalahan akan mencipta satu konspirasi jahat untuk menjadikan mangsa yang diliwat dibenci oleh masyarakat.

Kronologi ringkas hujahan Tan Sri Muhammad Shafee

10.00 pagi: Menurut Muhammad Shafee, semua keistimewaan yang diberi kepada Saiful itu adalah petanda mengenai hubungan yang cuba dibina oleh Anwar. Namun, Muhammad Shafee menimbulkan persoalan, dengan segala kelebihan itu, mengapakah Saiful menghantar surat berhenti kerja selepas lebih kurang 4 bulan bekerja, sedangkan sebelum itu dia pernah mengatakan dia menghormati dan menyanjungi Anwar.

9.50 pagi:Muhammad Shafee berhujah tentang isu pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dan kurang berpendidikan.

Shafee berkata, jika benar seperti yang dikatakan, mengapakah ketika menjadi pembantu peribadi Anwar, Saiful memegang tanggungjawab besar seperti membantu penyediaan dokumen rasmi, menjaga temu janji dengan orang kenamaan, menyimpan maklumat rahsia, menyertai urusan luar negara dan memegang telefon bimbit Anwar. Saiful juga diberi elaun yang besar ketika berurusan di luar negara.

9.35 pagi: Shafee berkata, dalam usaha pihak pembelaan cuba menghidupkan sentimen konspirasi, banyak tuduhan dilemparkan pada rangkaian individu, daripada Perdana Menteri (sekarang dan terdahulu), doktor, pakar kimia hinggalah ke pegawai polis.

9.20 pagi: Muhammad Shafee menyatakan bahawa hujah pembelaan Anwar banyak diselubungi idea tentang 'konspirasi' dari peringkat tinggi negara hingga ke pegawai kanan polis. Beliau yang menyifatkannya sebagai pertuduhan liar akan menghuraikan analisa berdasarkan fakta.

9.17 pagi:Barisan lima panel hakim masuk ke kamar mahkamah. Pendengaran penghujahan pihak pendakwa bermula.

9.00 pagi:Anwar tiba di kamar mahkamah. Selepas menyapa kenalan terdekat di galeri awam, beliau berbincang sesuatu dengan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Bagi isu yang melibatkan hal DNA dan huraian teknikal, Muhammad Shafee akan menyampaikan hujahnya pada hari Isnin.

Thursday, October 30, 2014

Peguam Anwar Kata Saiful Jolok Plastik

Hakim Rakyat Sedang Memikir Bagaimana Nak Bebaskan Anwar 
Pendengaran rayuan terakhir kes Anwar meliwat masuk hari ke-3, peguam Anwar Ibrahim yang diupah seramai 14 orang bertungkus-lumus untuk membuat keraguan yang munasabah terhadap kes ini.

Hari ini peguambela Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh ketika membuat penggulungan mengeluarkan semula bukti yang pernah dihujah ketika di Makamah Tinggi dengan mempertikaikan penetrasi Anu... Anwar terhadap dubur Saiful.

Menurutnya doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam keterangannya memberitahu mahkamah tidak ada sebarang penatrasi berlaku ke atas dubur pihak yang menuduh, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Walaubagaimana pun Dr Osman ada memberitahu Saiful memasukkan objek plastik ke dalam duburnya.

Dr Osman ketika memeriksa Saiful tidak menemui sebarang kesan kecederaan walaupun Saiful mengadu sakit.

Ramkarpal berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan lebih percayakan tiga doktor kerajaan berbanding Dr Osman yang berasal dari Mynmar.

Untuk rekod  Dr Mohamad Osman adalah doktor yang bekerja secara kontrak di Hospital Pusrawi. Beliau bukan doktor pakar dalam bidang ini.

Dr. Osman berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon Myanmar.

Nama Dr Mohamad Osman hanya wujud di laman MMC, tetapi tidak wujud dalam senarai doktor laman Hospital Pusrawi  

Mengikut rekod MMC, Dr Mohamad Osman adalah nama Islam kepada THAN AUNG, berasal dari Myanmar. Apakah beliau mempunyai perkaitan dengan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR yang sering mengadakan demonstrasi memperjuangkan 'pro-democracy Aung San Suu Kyi' di Kuala Lumpur.

Dr Mohamad Osman dan keluarga 'lari bersembunyi' sehingga kini, selepas menyebarkan laporan pemeriksaan dubur Saiful diinternet.

Rayuan akhir Anwar Ibrahim yang masuk hari ketiga di Mahkamah Persekutuan bersambung esok selepas Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti penghujahan empat peguam bela yang mewakili perayu.

Muhammad Shafee memaklumkan beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujahan balas dan memohon prosiding ditangguhkan ke esok pagi.